Adakah Anwar Mengemukan "Pardon" Najib Kepada Badan Pengampunan - Al- Jazeera



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dalam keputusan berkaitan pengampunan atau pengurangan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dalam satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera East 101 yang disiarkan baru-baru ini, Anwar menjelaskan bahawa proses pengampunan tersebut adalah di bawah pertimbangan Yang di-Pertuan Agong serta Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, dan beliau bukan ahli dalam lembaga itu.

"Saya Perdana Menteri, saya tidak boleh menunjukkan sikap berat sebelah atau prejudis terhadap sesiapa pun," katanya, sambil menekankan bahawa beliau hanya mengemukakan permohonan semakan, bukan membuat keputusan.

Mengulas kritikan yang mendakwa keputusan pengampunan itu bermotif politik kerana pergantungan kerajaan kepada parti UMNO, Anwar berkata:

“Beginilah keadaannya. Jika anda bertindak, anda dikritik. Jika tidak bertindak pun, anda tetap dikritik. Maka akhirnya, lakukanlah perkara yang betul."

Beliau menegaskan bahawa hak untuk mengemukakan rayuan atau permohonan pengampunan adalah hak yang sah bagi setiap banduan di Wilayah Persekutuan.



Biarpun pernah dipenjarakan ketika di bawah pentadbiran dua bekas Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad – Anwar berkata beliau tidak menyimpan dendam.

Beliau menyifatkan penggunaan sistem kehakiman untuk memenjarakan penentang politik sebagai satu "penyakit" yang perlu dihentikan dan menyatakan kepercayaannya bahawa proses undang-undang perlu diteruskan secara telus dan adil.

"Saya lebih cenderung kepada keadilan dan prinsip undang-undang. Kes berkaitan 1MDB masih berjalan," katanya.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post