Hadiah Hari Guru Paling ‘Rare’: Dua Beradik Hadiahkan Ikan Segar untuk Cikgu!



Lain macam sambutan Hari Guru kali ini di Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman! Dua orang adik-beradik tampil dengan hadiah yang cukup luar biasa – beberapa ekor ikan segar bersaiz besar untuk cikgu-cikgu mereka!


Menerusi video yang dikongsi oleh bapa mereka, Jamaludin, di TikTok, kelihatan anak-anaknya membawa sendiri ikan-ikan tersebut dan menyerahkannya dengan penuh semangat kepada para guru.


Apa yang buat orang ramai kagum, ikan yang dihadiahkan tu bukan ikan biasa-biasa – tapi dari jenis Gomblang dan Kerapu, dua spesis laut yang terkenal dengan harga mahal dan kesegaran tinggi.


“Hadiah Hari Guru paling rare!” kata salah seorang guru wanita yang teruja menerima lima ekor ikan segar tersebut. Dalam videonya, Jamaludin turut bergurau, “Sekolah di pulau, hadiah Hari Guru pun cara pulau. Malam ni boleh masak tiga rasa!”


Reaksi netizen pun memang sporting habis – ramai yang puji keikhlasan dan nilai sebenar hadiah itu, yang lebih bermakna daripada barangan berjenama.


"Wow ikan Gomblang. Mahal tu!"
“Hadiah ni lagi ‘padu’ dari handbag. Kalau ikut harga, boleh cecah lebih RM300!”


Untuk info, harga ikan kerapu boleh mencecah RM50/kg manakala ikan Gomblang (juga dikenali sebagai Gerong Belang atau Kalakitok) boleh mencecah RM55/kg. Memang bukan calang-calang hadiah!

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post