“Hadiah Hari Guru Pun Nak Pilih-Pilih?” – Tular Mesej Cikgu Bikin Ramai Terkejut

 


Baru-baru ini, tular di Threads (@manis_khairi) apabila seorang wanita berkongsi tangkap layar perbualan dalam WhatsApp group kelas anaknya. Mesej itu dipercayai daripada seorang guru di sebuah sekolah swasta di Johor yang sedang memberi peringatan tentang sambutan Hari Guru yang bakal diadakan.


Apa yang jadi perhatian ramai, cikgu tersebut bukan saja minta ibu bapa sediakan hadiah untuk anak-anak bawa ke sekolah, tapi turut 'demand' jenis hadiah yang patut dan tak patut diberi.


Katanya, “Dengan rendah hati, kami memohon ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan kepada guru pada hari tersebut.” Tapi dalam masa yang sama, guru tersebut juga menyatakan hadiah seperti pen, mug, frame dan bunga kecil tidak digalakkan kerana dikatakan tidak memberi manfaat.


“Kami mohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi... hadiah yang berkat adalah hadiah yang memberi manfaat,” tambahnya.


Perkongsian itu membuat si ibu tertanya-tanya – sejak bila hadiah Hari Guru jadi satu kewajipan, dan layakkah guru menetapkan jenis hadiah yang harus diterima?


“Boleh ke demand macam ni? Apa pendapat korang?” soal wanita tersebut dalam perkongsian yang kini tular dan menjadi perbualan hangat netizen.


Ramai yang rasa tidak selesa dengan permintaan seperti itu, apatah lagi bila hadiah yang sepatutnya lahir dari keikhlasan kini seolah-olah menjadi 'senarai barang' yang perlu disediakan.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post