Aaron Chia-Soh Wooi Yik Layak ke Separuh Akhir Badminton Thailand


KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Thailand selepas menewaskan rakan sepasukan sendiri, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King.


Dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok, Aaron-Wooi Yik menang straight set 21-12, 21-13 hanya dalam masa 28 minit. Hebat!

Aaron berkongsi kepada media BWF bahawa pengalaman dan persefahaman antara dia dan Wooi Yik menjadi kelebihan utama mereka.


“Walaupun nampak senang, bila lawan rakan sepasukan sendiri, kita kena lebih berhati-hati sebab masing-masing tahu selok-belok permainan. Kami cuba jadi contoh yang baik di gelanggang – bukan sekadar nak menang,” kata Aaron.


Dengan kemenangan itu, pasangan nombor lima dunia itu bakal berdepan beregu tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh dan Kittinupong Kedren di separuh akhir. Pasangan Thailand itu sebelum ini menyingkirkan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani.


Sebelum itu, pasangan wanita negara Pearly Tan dan M. Thinaah juga mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan China, Chen Qing Chen dan Wang Ting Ge dengan keputusan 21-14, 21-11.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post