HILIR PERAK – Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa kembali ke penjara selepas gagal menjelaskan wang jaminan sebanyak RM6,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin, suspek, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sementara menunggu dipindahkan ke penjara jika bayaran jaminan tidak dibuat.
Rudi didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik, pada 13 Mei lalu, sekitar jam 9.05 pagi.
Mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu ialah:
- S Perumal, 44
- Mohd Roslan Abd Rahim, 46
- Mohd Pozli Jaudin, 41
- Nurit Pandak, 34
- Amiruddin Zabri, 38
- Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38
- Muhamad Akmal Muhamad, 35
- Damarrulan Abdul Latif, 33
- Akmal Wafi Annuar, 28
Post a Comment