Ketam Bunian Ditemui di Gunung Jerai


 

Penemuan unik telah direkodkan di Gunung Jerai, Kedah apabila sejenis spesies ketam baharu berjaya dikenal pasti oleh penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan National University of Singapore (NUS). Spesies tersebut diberi nama Geosesarma bunian, bersempena sifatnya yang sukar dikesan dan keindahan warnanya yang luar biasa.


Nama "bunian" diambil daripada kepercayaan tempatan terhadap makhluk halus yang dipercayai wujud dalam alam ghaib, menggambarkan bagaimana ketam ini seolah-olah ‘ghaib’ daripada perhatian saintifik selama ini. Penemuan ini membuktikan bahawa biodiversiti di Malaysia masih kaya dan menyimpan banyak khazanah yang belum diterokai.


Geosesarma bunian merupakan spesies kelima yang dikenal pasti dalam kumpulan keluarga G. foxi. Seperti ahli keluarga lain, ia bersaiz kecil — dengan ketam jantan berukuran sekitar 8.3 × 8.3 mm, manakala ketam betina sedikit lebih besar, mencecah 10.1 × 9.9 mm.

Spesies ini mempunyai pertalian rapat dengan ketam puntianak (vampire crab), dan para penyelidik percaya bahawa ia mungkin memiliki keupayaan untuk hidup di atas pokok, satu ciri unik yang jarang ditemui dalam kalangan ketam air tawar.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post