Nurul Izzah Menang Jawatan Timbalan Presiden PKR, Tewaskan Rafizi Ramli

 

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2025 – Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam pemilihan parti itu hari ini.


Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2025 di Johor Bahru, malam ini.


Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi, jauh mengatasi Rafizi yang meraih 3,866 undiBekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kembali aktif dalam politik parti selepas beberapa tahun berprofil rendah. Kemenangan ini menandakan perubahan dalam landskap kepimpinan tertinggi PKR.


Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, sebelum ini memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2022, menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Namun, beliau pernah tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perebutan jawatan sama pada 2018.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post