TANJONG KARANG, 24 Mei 2025 – Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 65.5, Jalan Klang–Teluk Intan, berhampiran Jalan Bernam, Batu 10, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.37 pagi.
Menurut siasatan awal, kenderaan terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Teluk Intan, Perak ke Sentul, Kuala Lumpur, selepas kedua-dua mangsa keluar memancing malam sebelumnya.
“Pemandu berusia 53 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pembahagi konkrit sebelum MPV itu melambung serta memasuki parit,” katanya dalam satu kenyataan.
Kedua-dua mangsa, termasuk penumpang berusia 69 tahun, tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment