Menjelang Mei 2025, simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15% kepada 2.15 juta tan. Ini kerana pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) makin bertambah, menurut CIMB Securities.
Pengeluaran naik sebanyak 9%, tapi eksport ke luar negara menurun hampir 9%. Ini mungkin disebabkan permintaan dari luar negara yang agak perlahan.
Disebabkan peningkatan bekalan, harga MSM dijangka kekal antara RM3,700 hingga RM4,000 satu tan pada bulan Mei nanti. Untuk sepanjang tahun 2025, harga purata dijangka sekitar RM4,200 satu tan.
Bank seperti Maybank IB dan Kenanga IB pula berpendapat pasaran minyak sawit agak ‘neutral’, dan mungkin tidak banyak berubah buat masa terdekat. Malah, Kenanga jangka harga MSM boleh turun sedikit kepada RM4,100 pada tahun 2026.
Secara keseluruhan, walaupun pengeluaran makin tinggi, harga minyak sawit banyak dipengaruhi oleh permintaan global, bekalan, dan polisi perdagangan antarabangsa.
Post a Comment