sumber: berita harian
REMBAU, 29 Julai 2025 – Suasana suram menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau hari ini apabila ahli keluarga menanti keputusan bedah siasat terhadap mayat kanak‑kanak berusia enam tahun, M. Tishant, yang ditemui ditanam di Rompin, Jempol, petang semalam.
Menurut datuk saudara mangsa, Tata, ibunya tidak henti‑henti menangis dan langsung tiada selera makan sejak kehilangan Tishant minggu lalu. “Ibunya menangis setiap hari dan tiada selera makan sejak kehilangan anaknya, Tishant. Kini selepas mayat Tishant ditemui di Rompin, Jempol, dia bertambah duka dan sukar percaya kerana kematian kanak‑kanak itu dilakukan oleh bapa sendiri,” kata Tata ketika ditemui di luar bilik bedah siasat.
Tata yang amat rapat dengan Tishant turut mengakui dia sendiri sukar melelapkan mata sejak kehilangan cucu itu. “Saya ingatkan kehilangannya hanyalah kes terpencil, tetapi kami sekeluarga terkejut apabila suspek bukan orang luar, malah bapa sendiri,” tambahnya.
Sehingga jam 3 petang ini, polis masih menunggu keputusan laporan bedah siasat yang dijalankan Unit Perubatan Forensik sejak kira‑kira jam 12 tengah hari tadi. Keputusan penuh siasatan dan punca sebenar kematian kanak‑kanak malang itu dijangka diumumkan selewat‑lewatnya esok.
Post a Comment