Ammar Zoni Berdepan Hukuman Berat

 


Dalam perkembangan jenayah selebriti, pelakon Indonesia Ammar Zoni berdepan risiko hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu (methamphetamine) dan ganja sintetik dari dalam Penjara Salemba, Jakarta Pusat.


Ammar didakwa bersama lima individu lain yang terlibat dalam kegiatan jenayah terancang ini, di mana mereka dipercayai memperoleh bekalan dadah dari luar dan menyeludupnya masuk. Kes ini berlaku ketika Ammar sedang menjalani hukuman penjara empat tahun atas kesalahan narkotik sebelum ini.


Pihak pendakwa Raya menyita pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ganja sintetik, dan pil ekstasi sebagai bukti.


Ini merupakan kali keempat Ammar Zoni terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah sejak tahun 2017, menjadikan perbuatan pengedaran dari dalam penjara ini sebagai faktor pemberat di bawah seksyen undang-undang narkotik negara tersebut. Untuk makluman, Ammar sepatutnya dibebaskan pada 2026

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post