Kedah Darul Aman FC dan Perak FC Tersingkir Daripada Liga Super 2025/2026

 

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Dua pasukan ternama Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC, tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025/2026 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan daripada badan pelesenan Liga Malaysia.


Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Shariff, dalam satu kenyataan rasmi hari ini. Menurut beliau, kedua-dua kelab gagal memenuhi kriteria kewangan seperti yang digariskan dalam peraturan Malaysian Football League Club Licensing Regulations (MFL CLR).

“Kedah Darul Aman FC dan Perak FC gagal mendapatkan lesen kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan,” jelas beliau.


Sebanyak lapan kelab Liga Super telah berjaya memperoleh lesen kebangsaan penuh, iaitu:

  • Johor Darul Ta'zim FC (JDT)
  • Selangor FC
  • Penang FC
  • Kuching City FC
  • Sabah FC
  • Terengganu FC
  • Sri Pahang FC
  • Negeri Sembilan FC


Sementara itu, tiga kelab diberikan Lesen Kebangsaan Bersyarat mengikut Artikel 8(l) MFL CLR, iaitu:

  • Kuala Lumpur City FC
  • Kelantan Darul Naim FC
  • PDRM FC


Ketiga-tiga pasukan ini perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan selewat-lewatnya 31 Mei 2025 bagi memenuhi sepenuhnya kriteria kewangan. Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, lesen mereka boleh ditarik balik oleh FIB.


Dalam perkembangan berkaitan, dua pasukan dari Liga Amatur (AFL A1), iaitu Melaka FC dan Imigresen FC, berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan Luar Biasa berdasarkan permohonan yang dirujuk di bawah Artikel 15 MFL CLR, sekaligus melayakkan mereka beraksi dalam Liga Super musim 2025/2026.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post