KUALA LUMPUR, 21 Mei 2025 – Kerap isi minyak walaupun baru beberapa hari? Jika tangki penuh hanya bertahan tiga hingga empat hari, sudah tentu ia membebankan, bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga masa dan keselesaan.
Namun begitu, penggunaan minyak yang tinggi bukan semata-mata disebabkan gaya pemanduan atau kondisi jalan, sebaliknya ia boleh berpunca daripada kerosakan komponen dalaman kenderaan — khususnya sensor enjin.
Menerusi perkongsian oleh ZAM Auto Accessories di Facebook, berikut adalah lima jenis sensor utama yang boleh menyebabkan kenderaan anda menggunakan bahan api secara berlebihan:
1. Sensor Oksigen (Oxygen Sensor)
2. Sensor Aliran Udara Massa (Mass Airflow Sensor - MAF)
3. Sensor Kedudukan Pendikit (Throttle Position Sensor - TPS)
4. Sensor Tekanan Bahan Api (Fuel Pressure Sensor)
5. Sensor Suhu Enjin (Engine Coolant Temperature Sensor)
Walaupun saiznya kecil, sensor-sensor ini memainkan peranan penting dalam memastikan enjin beroperasi secara efisien dan menjimatkan minyak. Kerosakan pada mana-mana satu daripadanya boleh mengakibatkan sistem enjin tersalah tafsir keadaan sebenar, lalu menyebabkan pembaziran bahan api.
“Kalau semua sensor berada dalam keadaan tip-top, barulah penggunaan minyak dapat dijimatkan dengan ketara,” jelas ZAM Auto Accessories.
Sekiranya anda mula perasan bahawa kenderaan anda menjadi kuat makan minyak secara tiba-tiba, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan sistem enjin di bengkel bertauliah — sebelum dompet anda terus 'bocor' di stesen minyak.
Post a Comment