Mas Khan Pilih Sendiri Baju Isteri Ketika Bulan Madu

 

Pelakon Mas Khan mendedahkan bahawa setiap helaian pakaian yang digayakan isterinya, Anatasha Diana, sepanjang pra bulan madu mereka di Bali, Indonesia adalah pilihannya sendiri.


Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, berkata beliau berasa teruja menggayakan isterinya agar sentiasa tampil anggun sepanjang percutian mereka.

“Satu hal tentang diri saya, semua pakaian isteri yang digayakan sepanjang pra bulan madu ini saya sendiri yang beli. Kebanyakannya dari sebuah butik dan beberapa helai pakaian istimewa dibeli dari Phuket,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.


Mas berkongsi perkara itu sebagai maklum balas terhadap pertanyaan seorang pengikut yang tertarik dengan gaya penampilan Anatasha, dan bertanya di mana pakaian tersebut boleh dibeli.

“Saya memang seronok menggayakan permaisuri saya. Terima kasih kerana anda menyukainya,” tambah pelakon KL Special Force itu, yang dilihat bangga dan gembira mendapat pujian atas cita rasa fesyennya.


Mas Khan dan Anatasha sah bergelar suami isteri pada 25 Mei lalu dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan penuh meriah.


Beliau menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,497, serta wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada isterinya. Sebagai simbol cinta, pengantin perempuan turut menerima seutas gelang emas.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post