Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 - Kehamilan sering dikaitkan dengan keinginan luar biasa atau mengidam yang dialami oleh wanita, namun ada kalanya keinginan tersebut mencabar logik, seperti dikongsikan dalam beberapa hantaran tular di TikTok baru-baru ini.
Seorang lelaki berkongsi pengalaman lucu apabila isterinya yang sedang hamil enam bulan mengidam untuk menaiki UFO (objek terbang tidak dikenali). Walaupun pada awalnya bingung, lelaki itu berjaya memenuhi permintaan isterinya dengan membawa beliau menaiki permainan berbentuk UFO di pasar raya Econsave.
“Aku nampak satu permainan budak-budak macam UFO tu. Aku cakap kat bini, 'Jom kita naik ni’. Muka dia bahagia sangat. Aku peduli apa orang tengok, janji dia gembira,” katanya dalam video berkenaan.
Dalam satu lagi kisah unik, seorang wanita mengimbas kenangannya ketika hamil, di mana dia mengidam bau ketiak suami selepas balik kerja.
“Nak bau yang masam-masam tu. Satu hari suami balik terus mandi, saya menangis sebab hilang bau. Rasa nak lari rumah. Tapi baby tak sempat lahir, dah di syurga,” kongsinya.
Walau menghiburkan, seorang wanita lain memberi peringatan supaya para isteri tidak terlalu mengikut kehendak luar biasa semasa mengandung tanpa berfikir panjang.
“Kadang-kadang bukan mengidam pun. Itu nafsu dan mainan fikiran. Buat solat taubat, istikharah, minta Allah tenangkan hati,” tulisnya sambil menasihati bakal ibu agar menjaga emosi dan rohani sepanjang kehamilan.
Post a Comment