Pemilik Restoran di Kajang Larang Live TikTok


 

KAJANG, 26 Mei 2025– Seorang pemilik restoran makanan kampung di Kajang menjadi perhatian di platform Thread selepas meluahkan ketidakselesaan terhadap pelanggan yang membuat siaran langsung TikTok di dalam premisnya.


Pemilik berusia lebih 60 tahun itu menjelaskan bahawa tindakannya bukan untuk menyekat rezeki orang lain, tetapi demi menjaga keselesaan pelanggan tetap dan suasana tenang di restoran kecil yang hanya mempunyai kira-kira 20 meja.

"Saya tak kisah jika nak buat rakaman, tapi bila suara kuat, gelak ketawa mengganggu pelanggan lain itu saya tak boleh terima," katanya dalam hantaran tersebut.


Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya restoran itu menjadi terlalu tular, suasana yang selama ini damai akan berubah, memandangkan konsep restorannya yang "small and chic", mengutamakan pengalaman makan secara tenang.


Hantaran tersebut menerima sokongan ramai netizen, dengan ramai menyatakan bahawa pemilik restoran berhak menetapkan peraturan sendiri di premis mereka seperti :


  • Meletakkan notis larangan siaran langsung di pintu masuk.
  • Menghormati privasi pelanggan lain yang tidak selesa dengan rakaman langsung.
  • Menghargai restoran yang tidak tular agar kekal eksklusif dan selesa.
  • “Saya pun jenis tak nak tularkan kedai yang saya suka. Nanti penuh orang, hilang suasana damai,” kata seorang pengguna.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post