Penunggang Basikal Maut Dihimpit Lori

 


SANGLANG, 21 Mei 2025 – Seorang penunggang basikal maut selepas dihempap sebuah lori yang terbabas dan terbalik di Jalan Kuala Sanglang kira-kira jam 5.10 petang tadi.


Mangsa dikenali sebagai Ahmad Faris Hakimi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu dalam perjalanan dari Kangar ke Sanglang sebelum terbabas ketika cuba mengelak mangsa yang berada di bahu jalan.

“Lori berkenaan terbabas lalu terbalik dan menghempap penunggang basikal terbabit sebelum terbabas ke dalam parit,” katanya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasatKes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai atau membahayakan.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post