Suami Rahimah Rahim Meninggal Dunia pada Usia 69 Tahun

 


KUALA LUMPUR, 19 Mei 2025 – Suami kepada penyanyi veteran Singapura, Rahimah Rahim, iaitu Allahyarham Juraimi Taib atau dikenali sebagai Remy, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun, di Singapura, pada pagi Khamis lalu (15 Mei 2025).


Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Gadis dan Bunga itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya kira-kira sejam lalu.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Al-Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya Juraimi Taib (Remy). Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang ke Rahmatullah,” tulis Rahimah dalam hantaran tersebut.


Rahimah turut merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga yang membantu menguruskan jenazah suaminya. Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham tidak didedahkan.


Dalam nada penuh kesedihan, Rahimah turut memohon agar sesiapa yang mengenali arwah suaminya dapat memaafkan segala kekhilafan beliau sepanjang hayatnya.

“Sekiranya ada sebarang urusan yang masih tertunggak dan belum sempat diselesaikan oleh arwah, silalah hubungi saya secara langsung,” katanya.


Rahimah dan Juraimi mendirikan rumah tangga pada tahun 1994, dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Amalyn Aishah.

“Semoga roh Allahyarham Juraimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT,” tulis Rahimah lagi.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post