KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Tahukah anda bahawa warna dan bau air kencing boleh memberikan gambaran penting tentang tahap kesihatan seseorang? Perubahan ketara pada warna air kencing mungkin menandakan dehidrasi atau menjadi petunjuk awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Menurut laporan Medical News Today, air kencing yang terbentuk di buah pinggang mengandungi 95 peratus air, selebihnya terdiri daripada urea dan bahan buangan, termasuk hasil penguraian makanan, minuman, dan ubat-ubatan.
Warna normal air kencing biasanya berada dalam julat kuning cerah hingga kuning gelap, disebabkan oleh kehadiran pigmen semula jadi dikenali sebagai urobilin atau urokrom. Semakin banyak air diminum, semakin jernih warna air kencing tanda tubuh yang terhidrat dengan baik.
Bagaimanapun, berikut adalah beberapa perubahan warna air kencing yang patut diperhatikan:
Pakar kesihatan mengingatkan orang ramai agar tidak mengabaikan perubahan mendadak atau luar biasa pada warna air kencing. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat profesional perubatan dengan segera untuk diagnosis awal dan rawatan.
Post a Comment