Seorang wanita mencetuskan perbincangan di media sosial apabila menegur segelintir ibu yang berpakaian kurang sopan ketika menghantar anak-anak ke sekolah. Menurutnya, pemakaian seperti baju tidur lengan pendek dan kain melekap mungkin tidak sesuai, terutama jika ibu tersebut turun dari kenderaan dan berada di kawasan umum.
"Kalau duduk dalam kereta tak apa, tapi kalau turun sampai ke pintu sekolah, biarlah elok sikit pakaiannya," katanya.
Teguran tersebut bukan didorong rasa cemburu, sebaliknya kerana risau pandangan mata-mata yang tidak sesuai, termasuk daripada kaum lelaki. Teguran itu mendapat sokongan ramai, antaranya ada yang berkata:
"Kita pun perempuan, boleh tahu siapa pakai baju dalam atau tak. Lelaki apatah lagi."
Seorang pengguna turut berkongsi pengalaman memalukan akibat berpakaian santai semasa menghantar adiknya ke sekolah.
"Saya kemalangan, terpaksa keluar dari kereta. Masa tu pakai seluar tiga suku dan hoodie. Malu sangat… dari situ saya terus jaga penampilan walaupun nak keluar sekejap je."
Meskipun kelihatan remeh, pemilihan pakaian ketika menghantar anak ke sekolah, walaupun sekejap atau tak keluar dari kereta, boleh memberi kesan terhadap maruah diri dan persepsi orang ramai. Ramai bersetuju lebih baik berjaga-jaga dan berpakaian sopan walau dalam urusan ringkas.
Post a Comment