Kemalangan Maut di Machang

 

MACHANG, 14 Jun 2025 – Seorang lelaki maut selepas tersepit di tempat duduk pemandu dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Machang-Kuala Krai, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, awal pagi tadi.


Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Suhaimi Razali dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 12.43 pagi.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah Honda Accord dan Perodua Axia dari arah bertentangan. Pemandu Honda Accord disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit,” katanya.


Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang Perodua Axia turut tersepit dan mengalami kecederaan. Kesemua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan penyelamat khas dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.


Mayat mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan proses lanjut. Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.13 pagi.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post