Lelaki Serang AJK Korban Akibat Tidak Tersenarai

 

PALEMBANG, 13 Jun 2025 – Seorang lelaki bertindak ganas menyerang jirannya sendiri yang juga ahli jawatankuasa (AJK) ibadah korban, selepas berang namanya tidak disenaraikan dalam senarai petugas.


Kejadian berlaku pada Sabtu lalu di kawasan Masjid Haqqul Yaqin, Seberang Ulu I, ketika aktiviti melapah daging korban sedang dijalankan.


Mangsa, Suyanto, 52, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka selepas diserang menggunakan sebilah parang oleh suspek berusia 33 tahun. Difahamkan, suspek berang kerana mendakwa dirinya telah mendaftar sebagai sukarelawan namun tidak disenaraikan dalam AJK korban.


Orang awam yang berada di lokasi segera memberi bantuan dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sementara itu, suspek melarikan diri ke Indralaya, Ogan Ilir, sebelum akhirnya menyerah diri di Balai Polis Seberang Ulu I, ditemani ahli keluarga.


Pihak berkuasa telah membuka siasatan dan suspek dijangka didakwa atas kesalahan mencederakan orang awam secara sengaja.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post