Mohon Cuti Kena Hantar Live Location

 

Dalam usaha mengekalkan disiplin dan produktiviti kakitangan, tidak dapat dinafikan bahawa setiap organisasi mempunyai peraturan tertentu, termasuklah prosedur permohonan cuti. Namun apabila peraturan yang ditetapkan mula menyentuh sempadan privasi individu, timbul persoalan mengenai etika serta kesahihan undang-undangnya.


Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial apabila seorang pekerja berkongsi pengalaman bekerja di sebuah syarikat yang menetapkan syarat luar biasa bagi kelulusan cuti iaitu setiap kakitangan perlu menghantar live location kepada majikan sebagai bukti keberadaan mereka semasa cuti.

“Kalau nak cuti tahunan, cuti sakit, cuti kecemasan... semua kena bagi live location. Bos kata ini rules baru, dia nak tengok betul ke pergi holiday atau tak,” dedah individu berkenaan.


Lebih mengejutkan, pekerja bukan sahaja perlu berkongsi lokasi langsung, malah turut diminta menyerahkan pelbagai dokumen sokongan termasuk gambar, bil, dan maklumat peribadi lain yang disifatkan ramai sebagai melampau dan tidak munasabah.


Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang meluahkan rasa tidak setuju dan menyifatkan tindakan syarikat itu sebagai menceroboh ruang peribadi pekerja.

“Majikan tak ada hak nak tahu kita buat apa masa cuti tahunan. Itu masa peribadi,” tulis seorang pengguna.

“Kalau macam ni, baik bos pasang CCTV atas kepala staf,” komen yang lain secara sinis.


Ada juga yang menyarankan agar individu berkenaan segera mencari peluang kerja lain memandangkan persekitaran kerja sebegitu dianggap toksik dan tidak menghormati kebajikan pekerja.


Dari sudut undang-undang pekerjaan di Malaysia, cuti tahunan adalah hak pekerja yang termaktub dalam kontrak kerja dan Akta Kerja 1955. Meskipun majikan berhak untuk meluluskan cuti berdasarkan keperluan operasi, permintaan seperti lokasi langsung atau bukti aktiviti peribadi boleh dianggap melanggar prinsip asas privasi dan kebebasan individu.


Pakar sumber manusia berpendapat bahawa:

“Live location atau bukti peribadi mungkin munasabah hanya dalam kes tertentu seperti penyiasatan dalaman yang sah. Untuk cuti tahunan yang telah diluluskan, tindakan sebegini bukan sahaja tidak wajar malah boleh menjejaskan moral dan kepercayaan pekerja terhadap majikan.”


Organisasi dinasihatkan agar mewujudkan dasar HR yang seimbang antara keperluan operasi dan hak pekerja, serta mengutamakan etika profesional dalam hubungan kerja.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post