Suami Mahu Punggung Berotot, Tapi Tak Bantu Urus Rumah

 

Tidak semua wanita mampu kembali memiliki bentuk badan seperti zaman bujang selepas melalui proses kehamilan dan melahirkan anak. Walaupun perkara itu sepatutnya difahami pasangan, ia masih menjadi isu sensitif dalam sesetengah rumah tangga.


Baru-baru ini, satu luahan jujur seorang wanita di media sosial menjadi perhatian selepas beliau berkongsi rasa terkilan dengan sikap suaminya yang terlalu menuntut perubahan fizikal dirinya, khususnya pada bahagian punggung dan perut, selepas melahirkan dua orang anak.

“Suami kata punggung saya lembik. Dia nak punggung berotot. Tapi semua isteri lepas bersalin memang akan hadapi perubahan badan,” tulis wanita berkenaan.


Menurutnya, demi memenuhi kehendak suami, beliau mencuri masa untuk bersenam dalam kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak-anak seorang diri.

“Bukan punggung saja dia nak keras, perut pun sama. Tapi saya dah cukup penat. Urus anak, urus rumah, semua saya buat seorang,” luahnya lagi.


Luahan itu mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya bersimpati dan menyatakan sokongan terhadap wanita berkenaan. Ramai menyifatkan tindakan suami tersebut sebagai tidak peka dan kurang empati terhadap pengorbanan seorang isteri.

“Kalau nak isteri cantik, bantu dia. Jangan tahu minta je. Badan isteri berubah sebab lahirkan anak awak juga,” komen seorang pengguna Facebook.


Ada juga yang menegaskan bahawa tuntutan fizikal suami sepatutnya seiring dengan sokongan moral, kewangan, dan tanggungjawab bersama dalam rumah tangga.

“Lelaki jangan pandai cakap saja. Kalau betul nak isteri jaga badan, bantu dari segi masa dan kewangan. Sekarang ni semua nak cepat, tapi tak nak usaha bersama,” ujar seorang lagi warganet.


Pakar kesihatan sebelum ini menegaskan bahawa perubahan tubuh badan selepas bersalin adalah sesuatu yang normal, dan tekanan berlebihan terhadap fizikal isteri boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan emosi mereka.


Kes seperti ini mencerminkan pentingnya empati dan komunikasi dua hala dalam perkahwinan. Pengorbanan wanita dalam menjaga anak dan rumah tangga harus dihargai, bukan dihakimi dari segi penampilan fizikal semata-mata.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post