AMPANG, 9 Julai – Polis menahan seorang lelaki dan bapanya selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pemandu e-hailing di rumah mereka di Taman Pandan Perdana, pada 22 Jun lalu, dipercayai berpunca daripada hutang mencecah ratusan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 7.16 malam daripada pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipanggil ke lokasi.
“Pada peringkat awal, kes diklasifikasikan sebagai 'sudden death report' (SDR). Namun, hasil bedah siasat mendapati unsur jenayah, dan kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Punca kematian dikenal pasti akibat jangkitan kuman pada otot yang berpunca daripada kecederaan pada kulit dan tulang.
Polis menahan dua suspek iaitu:
- Lelaki berusia 36 tahun (rakan kepada mangsa)
- Bapanya, 73 tahun
Kedua-duanya ditahan pada 26 Jun lalu. Polis turut merampas sebatang rotan buluh dan satu playar boleh laras yang disyaki digunakan dalam kejadian.
Hasil ujian air kencing menunjukkan kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Tempoh reman yang ditetapkan:
- Suspek pertama direman 14 hari bermula 27 Jun hingga 10 Julai
- Suspek kedua direman 13 hari bermula 29 Jun hingga 11 Julai
Kes kini sedang disiasat secara terperinci oleh polis Ampang Jaya.
Post a Comment