Isteri Tenang Hadapi Suami Curang

 

Satu perkongsian kisah rumah tangga menyentuh hati ramai warga maya apabila seorang wanita mendedahkan cara tenang dan matang yang diambil selepas mengetahui suaminya berlaku curang.


Menurut perkongsian di media sosial, wanita tersebut tidak mengamuk atau memarahi suaminya sebaik mengetahui kecurangan itu. Sebaliknya, dia mengawal emosinya dan mengambil langkah profesional dengan menghubungi sendiri wanita simpanan suaminya bagi meminta agar menjaga lelaki itu yang sedang sakit demam.

“Saya tanya suami nak pergi klinik atau tidak, kemudian saya minta telefon dia dan terus hubungi perempuan tu. Saya mesej sendiri – ‘nak datang ambil pukul berapa sayang you ni, I nak tidur dah dan nak kunci pintu,’” tulisnya.


Wanita itu turut berkongsi bahawa dia mengemas pakaian suaminya sendiri dan bertanya barang apa yang ingin dibawa, sambil menahan perasaan demi menjaga ketenteraman rumah tangga dan anak-anak yang sedang tidur.


Meskipun luaran tampak tenang, wanita itu mengakui rasa kosong dan terluka setelah membaca perbualan suaminya dengan wanita lain, terutamanya apabila dirinya dijadikan bahan umpatan dalam hubungan sulit tersebut.

“Tak rasa bersalah ke? Nak bercinta pun janganlah hina isteri sendiri. Saat hidup saya paling rendah, tiada siapa di sisi untuk luahkan perasaan,” luahnya.


Situasi menjadi lebih mengecewakan apabila suaminya enggan keluar dari rumah walaupun telah diminta, malah mempersoalkan tindakan isterinya.

“Saya tanya, sayang dia tu tahu tak selama ni siapa yang bayar bil, beli baju, seluar dalam, dan topup kereta dia waktu tak cukup duit?”


Kisah itu menerima ribuan reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dan menyokong tindakan wanita tersebut. Ramai memuji ketenangan dan ketegasan yang ditunjukkan serta menjadikan ia contoh kepada wanita lain yang menghadapi isu sama.

“Kakak dah cukup kuat. Sakit, tapi tenang. Moga Allah balas semua pengorbanan akak dengan rezeki dan kebahagiaan lebih besar,” komen salah seorang pengguna.


Kisah ini menjadi cerminan kecekalan wanita dalam menghadapi dugaan rumah tangga, serta memberi pengajaran bahawa kelembutan dan profesionalisme tidak bermakna kelemahan sebaliknya satu bentuk kekuatan luar biasa.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post