Wanita Bongkar Kecurangan Abang Ipar

 

Seorang wanita tular di platform Thread selepas mendedahkan kisah kecurangan abang iparnya yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab terhadap rumah tangga dan isterinya, yang juga kakak kepada wanita berkenaan.


Menurut wanita tersebut, dia terpaksa campur tangan dalam urusan rumah tangga kakaknya kerana tidak tahan melihat pengorbanan kakaknya tidak dihargai, malah dikhianati.


Dalam satu siri hantaran yang dimuat naik, wanita itu mendakwa abang iparnya menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerja dan sering mengeluh mengenai isterinya, termasuk hal intim dan perubahan fizikal kakaknya yang meningkat berat badan selepas mengandung anak kedua.

“Kakak saya banyak berkorban demi rumah tangga, bantu dari segi kewangan sebab suami bergaji kecil. Tapi suami dia bukan sahaja tidak menghargai, malah sanggup berlaku curang,” katanya.


Beliau turut mendakwa suami kakaknya pernah ‘kantoi’ ketika cuba membeli alat pembesaran kemaluan, menimbulkan persoalan mengenai untuk siapa sebenarnya alat itu ingin digunakan memandangkan hubungan suami isteri mereka semakin renggang.

“Dengan kakak saya pun sebulan sekali pun susah (bersama), tapi ada hati nak beli pam. Kakak saya tak pernah merungut pun, semua dia diamkan sahaja,” tambahnya.


Lebih mengecewakan, katanya, suami kakaknya juga tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Dalam satu insiden, suaminya didakwa membiarkan isterinya membawa anak yang sakit ke jabatan kecemasan pada awal pagi tanpa ditemani.


Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita yang menjadi mangsa rumah tangga toksik, namun ada juga yang mempersoalkan kesahihan cerita berkenaan.

“Cerita ni terlalu terperinci, betul ke ini kisah kakak awak atau sebenarnya kisah sendiri?” tanya seorang pengguna media sosial.

“Apa pun, semoga kakak awak diberi kekuatan untuk keluar dari hubungan yang tidak sihat ini. Wanita juga berhak bahagia,” tulis netizen lain.


Setakat ini, individu yang didakwa sebagai abang ipar tidak memberikan sebarang kenyataan balas, manakala identiti pihak yang terlibat tidak didedahkan demi menjaga privasi keluarga terbabit.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post