Pelawak terkenal, Azlee Senario, berhasrat untuk memulakan semula perniagaan buah-buahan yang pernah diusahakannya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.
Menurut Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 58, dia sebelum ini terpaksa menghentikan perniagaan tersebut apabila kembali aktif menerima undangan persembahan bersama kumpulan Senario selepas PKP ditamatkan.
“Tapak masih ada, jadi saya akan ‘beraksi’ semula berniaga buah macam zaman PKP dulu,” katanya.
Jelas Azlee, walaupun perniagaan itu terbukti mampu menjana pendapatan stabil sebelum ini, proses untuk menghidupkannya kembali bukanlah mudah memandangkan dia perlu mencari pekerja yang boleh diharap.
“Nak cari pekerja bukan senang sekarang, ramai yang memilih kerja. Tapi saya tak nak lepaskan tapak tu, sayang sangat,” ujarnya.
Azlee pernah membuka gerai buah di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh pada 2021 demi kelangsungan hidup ketika industri hiburan terhenti sepenuhnya akibat pandemik.
Meskipun bermula sekadar untuk mencukupkan keperluan keluarga, perniagaan itu ternyata menjadi sumber pendapatan yang amat bermakna buatnya pada waktu sukar.
Post a Comment