Wanita Hampir Diceraikan Kerana Fitnah Ibu Mentua

 

Kisah seorang wanita yang hampir berpisah dengan suami akibat campur tangan ibu mentua kembali tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.


Menurut wanita tersebut, insiden berlaku 11 tahun lalu ketika mengadakan kenduri, apabila ibu mentuanya menyebarkan fitnah kononnya dia enggan membantu kerja-kerja rumah.

“Saya tolong masak gulai ikan dan tanya apa lagi perlu buat. Tapi mak mentua suruh saya tidur. Tak sangka pula dia kata saya pemalas pada orang lain,” luah wanita itu dalam hantaran yang dikongsi di media sosial.


Fitnah itu sampai ke pengetahuan suaminya, yang kemudian mengambil keputusan meninggalkan rumah selama tiga hari dan menyatakan hasrat untuk menceraikannya kerana berasa malu.


Namun selepas penjelasan dibuat, suaminya memohon maaf dan merayu agar diberi peluang kedua.

“Saya bantu dia bayar pinjaman, kereta semasa dia sambung belajar. Bila fikirkan anak-anak, saya terima semula dan syukur, dia berubah sepenuhnya,” tambahnya.


Wanita itu turut berkongsi bahawa sejak peristiwa tersebut, suaminya kini lebih tegas mempertahankannya apabila berlaku sebarang tuduhan daripada keluarga. Walaupun diuji dengan mentua dan ipar yang sering memfitnah, wanita itu tetap menghormati ibu mentuanya sebagai tanda hormat terhadap suaminya.

“Saya layan dia seperti mak saya sendiri. Walau apa pun, dia tetap ibu kepada suami saya,” katanya.


Perkongsian itu menerima pujian ramai warganet yang kagum dengan kesabaran dan keteguhan prinsip wanita tersebut dalam mengekalkan rumah tangga.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post