Bakal Isteri Bersedia Hadapi Poligami

 

Seorang wanita mencuri perhatian di media sosial selepas berkongsi pandangannya yang bersedia secara mental dan fizikal menghadapi kemungkinan poligami selepas mendirikan rumah tangga.


Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan menyatakan bahawa dia telah berbincang secara terbuka dengan tunangnya mengenai kemungkinan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan mereka kelak.

“Saya tanya tunang, kalau tiba-tiba ada perempuan lain selepas kami kahwin macam mana? Saya belajar untuk sabar dan ikhlas, asalkan dia balik rumah, beri nafkah cukup dan jalankan tanggungjawab,” katanya.


Bagaimanapun, wanita itu turut menegaskan bahawa dia tidak akan bertolak ansur sekiranya suaminya gagal melaksanakan tanggungjawab atau melanggar batas agama.

“Kalau sampai tahap berzina, tak balik rumah, culas beri nafkah dan abaikan tanggungjawab, saya akan minta cerai,” katanya.


Wanita itu juga menyatakan bahawa dia kini dalam usaha menimba ilmu berkaitan hukum agama, khususnya berkenaan poligami, agar tidak menjadi wanita yang "dibenci Allah".

“Saya paling lemah dengan kehadiran orang ketiga. Tapi saya tak nak jadi perempuan yang Allah benci kerana minta cerai atau menolak poligami,” ujarnya.


Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi. Ada yang memuji keterbukaannya, namun ada juga yang menasihatinya agar berhati-hati dalam melafazkan kemungkinan kerana ia boleh menjadi satu bentuk doa.

“Saya pernah bergurau dengan suami masa awal kahwin, kalau saya tiada kaki, dia masih nak saya ke? Beberapa tahun lepas, kaki saya benar-benar dipotong kerana kanser,” kata seorang netizen.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post