Datin Atikah Suhaime Pertama Kali Mandikan Anak Selepas Dua Bulan

 

Selepas dua bulan bergelar ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime akhirnya memberanikan diri memandikan sendiri anak perempuannya, Lyla Mulan Teh.


Atikah, 34, mengakui sebelum ini banyak bergantung kepada pengasuh dalam menguruskan anak sulungnya itu kerana rasa bimbang dan kurang yakin.

“Pertama kali mandikan Mulan. Sudah dua bulan baru berani.

Hari ini belajar dari pengasuh untuk mandikan Mulan. Dia cakap kena belajar sebab air mandi boleh rapatkan kasih ibu dan anak,” kata Atikah dalam satu video yang dikongsikan di media sosial miliknya.


Dalam video tersebut, Atikah dilihat dibimbing oleh pengasuh anaknya, dikenali sebagai Kak Sri, dalam proses memandikan dan menyiapkan bayi comel itu.


Menurut Atikah lagi, sejak awal kelahiran anaknya, dia banyak belajar soal penjagaan bayi daripada Kak Sri yang dilihat sangat mesra dengan Lyla Mulan.

"Mulan memang selesa dengan Kak Sri berbanding orang lain dalam rumah ini. Sekarang tak cemburu lagi sebab dia layan Mulan dengan ikhlas,” ujarnya sambil berseloroh.


Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu yang diberi nama Lyla Mulan Teh.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post