Pempengaruh 'CEO Batu' Direman 4 hari

 

GOMBAK 24 Mei 2025 Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai ‘CEO Batu’ telah ditahan reman selama empat hari selepas disyaki mengirim gambar tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek yang berusia 22 tahun dipercayai mula melakukan perbuatan itu sejak awal Mei lalu.

“Suspek disyaki telah menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Sebelum itu, penyanyi dan aktivis Caprice mencetuskan perhatian ramai selepas mendedahkan perkara tersebut di Instagram miliknya, termasuk memuat naik tangkap layar mesej serta gambar yang didakwa dihantar oleh suspek kepada mangsa.


Menurut Caprice, mesej tersebut mengandungi imej yang dikatakan menunjukkan parut selepas pembedahan, namun kandungan gambar tersebut dianggap tidak senonoh.


Selain itu, Caprice turut berkongsi bukti-bukti tambahan daripada individu lain yang mendakwa turut menjadi mangsa gangguan seksual oleh suspek yang sama. Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis, dan masyarakat digesa untuk menyalurkan sebarang maklumat lanjut bagi membantu siasatan.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post