Seorang wanita meluahkan kekecewaan terhadap sikap seorang ibu yang didakwa menyebelahi anaknya tanpa menyiasat kejadian sebenar sehingga menyebabkan anak wanita itu cedera ketika bermain.
Menurut perkongsian di media sosial, kejadian berlaku apabila anaknya dirempas bantal dengan kasar oleh seorang kanak-kanak lain, menyebabkan anaknya tersembam ke lantai hingga mengalami pendarahan hidung dan bengkak di dahi.
"Ramai yang menjadi saksi kejadian. Tetapi ibu kepada kanak-kanak itu terus mempercayai kata-kata anaknya tanpa meminta maaf atau berbincang dengan kami," luah wanita tersebut.
Tambahnya lagi, ibu berkenaan hanya bertanya kepada anaknya dalam bahasa Inggeris, dan apabila anak itu menafikan sebarang salah laku, si ibu menyuruh anaknya menjauhkan diri.
Wanita terbabit berkata dia dan suaminya segera merawat kecederaan anak mereka, sementara ibu kanak-kanak terbabit langsung tidak memandang atau memohon maaf.
Beberapa minggu kemudian, katanya, seorang saudara kepada wanita berkenaan memohon maaf bagi pihak keluarga terbabit, namun dia tetap tidak berpuas hati kerana ibu dan anak yang terlibat tidak tampil memohon maaf secara langsung.
Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, yang rata-rata mengkritik sikap ibu kanak-kanak berkenaan kerana gagal menunjukkan contoh empati dan adab kepada anak.
"Anak kecil perlu dibentuk dengan nilai tanggungjawab dan empati sejak awal. Ini contoh kegagalan mendidik emosi dan adab," komen seorang pengguna media sosial.
Post a Comment