NUSA TENGGARA TIMUR, Indonesia 24 Mei 2025 – Seorang guru sekolah rendah di Sekolah Negeri Lobolauw, Nusa Tenggara Timur (NTT), ditahan pihak berkuasa selepas didakwa menayangkan video serta gambar lucah di dalam kelas, selain melakukan perbuatan lucah sebagai demonstrasi di hadapan murid-muridnya.
Insiden mengejutkan itu mencetuskan kebimbangan awam, terutama dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat.
Susulan penahanan, pihak polis telah menyoal siasat puluhan pelajar yang disyaki menjadi mangsa gangguan seksual guru terbabit. Sebuah telefon bimbit milik suspek turut dirampas sebagai sebahagian daripada bahan bukti.
Dalam masa yang sama, Pejabat Pemerkasaan Wanita dan Kanak-Kanak telah digerakkan untuk menyediakan sokongan psikososial dan perlindungan kepada murid-murid terlibat.
Kes ini sedang disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan perlindungan kanak-kanak di Indonesia.
Post a Comment