Kanak-Kanak Dua Tahun Dibunuh, Dipenggal Bapa Saudara

 

TAMIL NADU, 24 Mei 2025 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikenali sebagai D Lemoria maut dalam kejadian tragis selepas dikepala dipenggal dan mayatnya dicampak ke dalam kolam di daerah Ramanathapuram, selatan India, pada pagi Khamis.


Suspek dikenali sebagai Sunjay, yang merupakan bapa saudara mangsa, dipercayai bertindak demikian dalam keadaan mengalami gangguan mental. Polis mengesahkan suspek menghidap bipolar disorder dan sedang menjalani rawatan ketika kejadian berlaku.


Cubaan Sunjay untuk melarikan diri selepas melakukan jenayah itu bagaimanapun gagal apabila dia berjaya diberkas pihak polis tidak lama kemudian.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kerajaan Paramakudi untuk proses bedah siasat, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif dan keadaan kesihatan mental suspek ketika insiden berlaku.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post