Ibu Hamil Dimarah Ketika Minta Guna Kerusi Solat

 


KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025 – Sikap biadab seorang wanita warga emas di sebuah surau menjadi perhatian ramai selepas dia dikatakan menengking seorang wanita hamil yang ingin menggunakan kerusi untuk menunaikan solat.


Insiden yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial itu berlaku ketika beliau menemani rakannya yang sedang sarat hamil lapan bulan untuk menunaikan solat Asar. Mereka masuk ke surau berkenaan dan mendapati hanya ada sebuah kerusi solat, yang ketika itu sedang digunakan oleh seorang makcik yang sedang melayari TikTok di telefon bimbit.


Menurut perkongsian itu, rakannya dengan sopan dan lemah-lembut bertanya kepada makcik tersebut sama ada kerusi tersebut masih digunakan. Namun, soalan itu disambut dengan tengkingan dan kata-kata kasar.

“Dia cakap dengan nada tinggi betul – ‘Ye nak solat Asar boleh sabar tak? Sabarlah, azan baru je masuk seminit.’ Padahal waktu azan dah berlalu lebih lima minit,” kata wanita itu.


Tambahnya, mereka tidak berniat untuk berebut, sebaliknya hanya ingin mendapatkan kepastian kerana kerusi tersebut sangat penting untuk rakannya yang tidak mampu solat seperti biasa.

“Kalau jawab elok-elok ‘Ya, saya belum solat. Sekejap ya’ pun dah cukup. Tak perlulah marah-marah dalam surau,” jelasnya lagi.


Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya menyokong wanita tersebut dan bersimpati dengan nasib ibu hamil berkenaan. Ramai berpendapat kerusi solat di tempat awam seharusnya dikongsi dengan adil, terutama untuk mereka yang benar-benar memerlukan seperti ibu mengandung, warga emas, atau individu yang uzur.

“Kadang-kadang orang salah guna kerusi surau ni. Letak beg, letak tudung, tapi orang yang perlu tak dapat guna,” komen seorang netizen.

“Sepatutnya makcik tu lebih matang dan beradab, lebih-lebih lagi dalam rumah Allah,” tambah seorang lagi.


Netizen turut menyeru agar masyarakat mengamalkan kesantunan, timbang rasa dan toleransi, terutamanya di tempat ibadah yang memerlukan suasana tenang dan penuh adab.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post