Khairul Aiman Fail Tuntutan Pengesahan Perceraian Terhadap Siti Jamumall

 

SHAH ALAM, 22 Mei 2025 – Suami kepada pempengaruh terkenal Siti Jamumall, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, memfailkan tuntutan pengesahan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini, susulan lafaz talak yang dibuat secara langsung di media sosial pada 15 Mei lalu.


Aiman ketika ditemui berkata, beliau mengambil masa seminggu untuk mengumpul kekuatan dan dana bagi melantik peguam sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

“Saya tidak mahu keluarkan kenyataan yang boleh burukkan lagi hubungan antara saya dan Siti. Jadi saya ambil sedikit masa,” katanya.


Mengulas hubungan dengan isterinya selepas kejadian, Aiman memaklumkan bahawa Siti pada awalnya menyekatnya di media sosial namun sekatan itu dibuka baru-baru ini atas urusan membawa Siti ke klinik. Mereka hanya berhubung secara ringkas selepas itu.


Ditanya kemungkinan untuk rujuk semula, Aiman berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.

“Kita lihat dulu apa keputusan mahkamah, baru saya akan beri maklum balas,” katanya.


Mahkamah menetapkan 21 Julai 2025 sebagai tarikh sebutan pertama kes tersebut.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post