Pembantu Teknikal Maut Motosikal Bertembung Lori di Gua Musang


 

GUA MUSANG, 22 Mei 2025 – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Kilometer 25, Jalan Gua Musang–Kuala Krai, petang tadi.


Mangsa, Mohamad Asrul Hisyam Mohamad Amin, 28, yang bekerja sebagai pembantu teknikal pencawang sebuah syarikat telekomunikasi, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang apabila motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori Isuzu dipandu lelaki berusia 47 tahun.

“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post