Lelaki Didakwa Bunuh Rakan 12 Tahun Lalu

 

BUTTERWORTH, 22 Mei 2025 – Seorang pekerja aksesori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, yang berlaku lebih 12 tahun lalu.


Tertuduh, Ooi Chin Leng, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Mengikut pertuduhan, Ooi bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas, didakwa membunuh Fouzi Hussen, 24, di sebuah lokasi di Taman Desa Murni, Sungai Dua, pada 24 Januari 2013, kira-kira jam 5.25 pagi.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 31 Julai 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasatPendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwani Abdul Latif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post