Kes kecurangan rumah tangga terus menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita, dikenali sebagai Sarah, tampil mendedahkan kecurangan suaminya yang menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus janda.
Sarah mengesahkan bahawa dia telah sah bercerai pada hari Isnin lalu, selepas rumah tangga mereka yang dibina selama 11 tahun musnah akibat pengkhianatan berpanjangan.
Melalui beberapa siri video yang dimuat naik di TikTok, Sarah mendedahkan kronologi hubungan sulit tersebut yang dipercayai telah berlangsung sejak April 2024, ketika beliau sedang hamil anak kedua.
Antara kandungan yang tular termasuk rakaman perbualan Sarah dengan wanita berkenaan yang dipercayai seorang pegawai bank, serta video rumah wanita tersebut yang didakwa turut menempatkan bekas suaminya.
“Dia yang duduk situ, saya tinggal dengan mak,” kata wanita terbabit, sebelum akhirnya mengaku bahawa mereka kini menjalinkan hubungan cinta.
Sarah turut mempersoalkan kehadiran pakaian suaminya yang dicuci di rumah tersebut, serta penggunaan alamat rumah wanita itu untuk membeli barangan peribadi oleh bekas suaminya.
Menerusi rakaman panggilan video bertarikh 14 Mei, pegawai bank itu pada mulanya menyelar bekas suami Sarah sebagai lelaki tidak bertanggungjawab dan menyarankan agar Sarah meninggalkannya.
“Dah tak kerja, tiada duit, bini yang sara laki. Kalau aku, dah lama tendang laki macam tu,” kata wanita itu.
Namun, dalam satu lagi bukti yang dikongsi, Sarah menunjukkan notifikasi pemindahan wang dari wanita tersebut kepada bekas suaminya, sekali gus menyerlahkan hipokrasi wanita itu sendiri.
Sarah juga menuntut agar pihak pengurusan bank mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan kerana didakwa mencemarkan imej institusi dengan terlibat dalam hubungan tidak bermoral bersama lelaki berstatus suami orang.
“Saya harap pihak atasan bank siasat dan ambil tindakan sewajarnya. Tak patut seorang kakitangan institusi kewangan terlibat meruntuhkan rumah tangga orang lain,” ujarnya.
Perkongsian Sarah mendapat sokongan luas dari netizen yang mengecam tindakan bekas suaminya serta kekasihnya itu. Ramai juga menyatakan simpati terhadap nasib Sarah dan dua anaknya, selain memuji keberaniannya untuk bersuara dan bangkit mempertahankan maruah diri.
Post a Comment