Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata penemuan mayat itu dimaklumkan oleh seorang warga emas berusia 70 tahun yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Kanak-kanak berkenaan ditemukan dalam keadaan terapung dan masih belum dikenal pasti identitinya. Mangsa memakai gelang kaki pada kaki kiri dengan logo ‘love’ serta tulisan **‘IV’,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Balveer Singh, pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian serta latar belakang mangsa.
“Kami menggesa mana-mana individu yang menyedari kehilangan anak atau ahli keluarga yang seusia mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.
Post a Comment