Pemandu Teksi Nafi Cabul Remaja Bawah Umur

 


BANGKOK THAILAND, 20 MEI 2025 - Seorang warga emas didakwa atas pertuduhan melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang remaja perempuan bawah umur.

Lelaki berusia 62 tahun itu, bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan menyatakan sentuhan yang dilakukan adalah bersifat kebapaan kerana telah berusia serta tidak berminat dengan hubungan romantis.

Bercerita mengenai insiden yang berlaku, remaja terbabit menyatakan, dia pada awalnya menempah teksi dari sebuah pusat membeli-belah di Ratchathewi ke sebuah lorong di Phlapphla, Wang Thonglang atas urusan peribadi.

Semasa dalam perjalanan, suspek pada awalnya berbual tentang politik semasa. Namun, secara tiba-tiba dia membincangkan perihal seks sehingga mengundang rasa bimbang. Bukan itu sahaja, remaja tersebut menjadi kaku dan tidak dapat melawan apabila lelaki terbabit menyentuh paha kanannya sebaik sahaja tiba di destinasi.

Dalam pada itu, Mejar Jeneral Polis Witthaya Sriprasertphap mengerahkan operasi penahanan setelah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya. Suspek kemudian berjaya diberkas di Sala Thammasop, daerah Thawi Watthana untuk tindakan lanjut.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post