Pemergian Cikgu Nina, ‘Housemate Pocong’

 

Wanita yang sebelum ini mencuri perhatian warga maya susulan kisah seram 'Housemate Pocong', disahkan telah meninggal dunia selepas hampir sebulan menderita gangguan mistik yang dialaminya.


Perkara itu dimaklumkan oleh seorang TikToker, Nisa Khainis, yang turut pernah memuat naik kisah berkenaan selepas mendapat keizinan arwah. Nisa berkata beliau amat terkejut apabila menerima berita pemergian wanita tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Nur Ainina atau Cikgu Nina.

"Tak sangka pengakhiran kisah 'Housemate Pocong' macam ni. Al-Fatihah buat Cikgu Nina," tulis Nisa dalam satu hantaran di TikTok.


Menerusi perbualan peribadi (DM) yang dikongsikan oleh Nisa, seorang individu yang juga merupakan bekas rakan serumah arwah berkongsi bahawa gangguan yang dialami bukan rekaan semata-mata.

“Saya nampak sendiri arwah bercakap seorang diri… dan saya juga nampak pocong di bucu bilik. Bau busuk, wajah hitam… dua kali saya nampak sebelum saya ambil keputusan pindah keluar,” katanya.


Menurutnya, arwah sering mengadu tidak dapat tidur dan tidak makan selama berhari-hari, hanya minum air kerana terlalu lemah akibat gangguan berterusan.


Bekas rakan serumah itu turut mendakwa arwah Cikgu Nina pernah berubat namun tidak menunjukkan tanda pemulihan. Gangguan dipercayai berpunca daripada unsur sihir lama yang dikaitkan dengan pemilik asal rumah tersebut.

“Menurut ibu arwah dan arwah sendiri, gangguan berpunca daripada amalan syirik oleh ‘orang lama’ yang sudah meninggal dunia. Gangguan itu mungkin tersasar kepada arwah kerana keadaannya lemah ketika datang bulan,” katanya.


Dalam satu lagi pendedahan, individu itu memaklumkan bahawa rakan serumah asal yang kononnya ‘pulang ke kampung’ sebelum arwah Nina menyewa di rumah tersebut masih gagal dikesan sehingga hari ini.

“Kami tak tahu dia di mana. Owner rumah pun tak dapat hubungi dia. 


Jenazah Cikgu Nina dilaporkan selamat dikebumikan pada pagi Ahad lalu. Berita pemergian beliau mengundang pelbagai reaksi di media sosial, termasuk rasa terkejut dan sedih daripada ribuan warganet yang mengikuti kisahnya sebelum ini.


Seminggu sebelum pemergiannya, arwah pernah menyatakan bahawa dia sedang berada dalam fasa pemulihan dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraannya. Namun, takdir Tuhan mendahului segalanya.

“Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah Cikgu Ainina dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.”


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post