Pemuda Nikahi Ibu Mertua

 

SOPPENG, SULAWESI SELATAN, INDONESIA 22 Mei 2025 - Seorang pemuda mencetuskan kekecohan di Kampung Abbanuange, Lilirilau apabila didakwa menjalin hubungan sulit dengan ibu mentuanya sehingga wanita itu hamil dan melahirkan anak, menurut laporan media tempatan.


Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada awal tahun 2024, namun hanya kini didedahkan kepada umum.


Ketua Kampung Abbanuange, Buhari, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa kedua-dua pihak kini telah berdamai.

“Memang benar ada kes di mana seorang menantu didakwa menyebabkan ibu mentuanya mengandung. Namun perkara itu sudah lama berlaku dan kini kedua-dua pihak telah berdamai,” katanya kepada detikSulsel, Rabu lalu.


Menurut laporan, pemuda terbabit kemudiannya menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun sebelum menikahi ibu mentuanya, yang merupakan seorang balu selepas kematian suaminya.


Ketua Polis Daerah Soppeng, AKBP Aditya Pradana, turut mengesahkan perkara itu.

“Kedua-dua pihak mencapai persetujuan dengan syarat lelaki itu menceraikan isterinya dan berkahwin dengan ibu mentuanya. Kes ini tidak melibatkan laporan jenayah dan semuanya telah diselesaikan secara kekeluargaan,” katanya.


Kes ini mendapat perhatian umum dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai netizen menyatakan kekesalan terhadap insiden itu. Dalam konteks ajaran Islam, perbuatan seperti ini jelas bertentangan dengan hukum syarak dan nilai kekeluargaan.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post