Remaja Meninggal Dunia Selepas Disepak Jurulatih

 

BOYOLALI, JAWA TENGAH, 22 Mei 2025 – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat disepak oleh jurulatih ketika sesi latihan silat awal pagi Khamis lalu.


Mangsa, dikenali sebagai Muhamad Prana Saputra, dikatakan sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum menyertai sesi latihan yang diadakan di sebuah padang di Dukuh Bejen, Kampung Karangkepoh, Karanggede.


Menurut Ketua Kampung, Sukimin, mangsa dikejarkan ke Hospital Sisma Medika selepas dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Apabila kami tiba di hospital, dia sudah tidak bernyawa. Keadaan wajahnya baik, cuma ada kesan melecet pada jari kaki,” katanya kepada media tempatan.


Sementara itu, Ketua Polis Karanggede, S. Widodo, mengesahkan bahawa kematian mangsa sedang disiasat sebagai satu kes penderaan yang berlaku ketika latihan silat.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam semasa latihan rutin silat. Mangsa dipercayai menerima sepakan daripada salah seorang jurulatih,” katanya.


Menurut laporan awal, latihan tersebut turut dihadiri beberapa rakan mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti unsur jenayah dan punca sebenar kematian.


Pihak polis juga sedang mengambil keterangan daripada saksi serta jurulatih yang terlibat dalam sesi latihan tersebut.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post