Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.35 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas B berukuran 30 kaki x 40 kaki dan musnah sebanyak 90 peratus. Seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui rentung di bahagian dapur rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebaik tiba di lokasi, ketua operasi melaksanakan pemeriksaan awal (size-up) dan seterusnya mengaplikasikan Konsep RECEO, iaitu menyelamat (Rescue), pendedahan (Exposure), penyekatan (Confinement), pemadaman (Extinguishment), dan pemeriksaan (Overhaul).
Pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki jentera untuk kerja-kerja pemadaman sehingga kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.
Sabarodzi memaklumkan, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur yang ditetapkan. Operasi pemadaman dan pemeriksaan tamat sepenuhnya pada jam 5.44 pagi.
Post a Comment