Air Terjun Kaya Mineral dan Ion Negatif

 

Berendam di air terjun bukan sahaja memberi kelegaan dari segi fizikal, tetapi turut membawa manfaat kesihatan yang jarang disedari.


Menurut laman sesawang Olympian Water Testing, air terjun semulajadi mengandungi pelbagai mineral penting seperti magnesium dan kalsium yang bermanfaat untuk tubuh manusia. Mineral-mineral ini membantu merehatkan otot, mengurangkan keradangan serta menyokong kesihatan tulang dan jantung.


Air terjun juga dikatakan kaya dengan ion negatif, sejenis zarah halus di udara yang mampu meningkatkan mood, mengurangkan tekanan, dan memberikan rasa ketenangan kepada individu yang berada berhampirannya.

“Magnesium yang terdapat dalam air terjun sangat penting untuk kesihatan jantung dan kekuatan tulang,” jelas portal tersebut.


Selain daripada kandungan mineral, aktiviti berenang atau berendam di kawasan air terjun juga merupakan bentuk senaman kardiovaskular semulajadi. Arus yang kuat dan suhu air yang sejuk dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, melancarkan peredaran darah serta menyokong fungsi jantung yang sihat.

“Gabungan pergerakan fizikal dan kesan hidroterapi semulajadi daripada air terjun membantu menguatkan jantung dan memperbaiki sistem kardiovaskular secara keseluruhan,” tambah laporan itu.


Walaupun banyak manfaat diperoleh daripada aktiviti rekreasi di air terjun, aspek keselamatan tetap perlu diberi perhatian. Pengunjung diingatkan agar tidak leka dan sentiasa berwaspada dengan arus deras, batu licin serta cuaca yang berubah secara tiba-tiba.


Air terjun bukan sekadar tempat untuk bersantai, tetapi juga lokasi terapi semulajadi yang memberi kebaikan menyeluruh kepada tubuh dan minda, jika diamalkan dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab.


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post