MELAKA, 13 Jun 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapannya agar Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet.
Menurut Anwar, beliau telah menerima surat peletakan jawatan kedua-dua menteri itu, namun belum meluluskan secara rasmi peletakan jawatan tersebut.
“Saya masih beri ruang kepada mereka untuk berfikir. Kalau boleh, saya mahu mereka kekal dalam Kabinet,” katanya selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi PKR di Melaka, semalam.
Rafizi, Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, mengemukakan peletakan jawatan susulan kekalahan mereka dalam pemilihan parti bulan lalu.
Turut hadir dalam program itu ialah beberapa pimpinan tertinggi PKR termasuk Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
Anwar turut menggesa ahli parti agar melupakan perbezaan pendapat susulan pemilihan dan mengutamakan perpaduan demi agenda lebih besar.
“Kalau saya boleh bekerjasama dengan UMNO, takkan saya tak boleh.
Dalam perkembangan lain, Anwar mengesahkan kerajaan menanggung kos kira-kira RM486,000 bagi membiayai lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Jepun untuk menghadiri Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 pada Mei lalu.
Beliau berkata permohonan itu dibuat oleh Dr Mahathir dan diluluskan mengikut peraturan yang membenarkan bekas Perdana Menteri memohon pembiayaan rasmi kerajaan untuk program antarabangsa.
“Walaupun beliau sering mengkritik kerajaan, kita tetap luluskan perbelanjaan itu. Saya tak mahu bersikap negatif,” jelas Anwar.
Dr Mahathir sebelum ini menyampaikan ucapan di forum berkenaan yang banyak membincangkan isu ekonomi dan masa depan Asia, sambil memberi bayangan bahawa ia mungkin penampilan terakhir beliau di pentas antarabangsa seperti itu.
Post a Comment