Pelakon dan pengacara, Fizo Omar meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Fazeera Nazri Azrai, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.52 kilogram secara normal pada Selasa, jam 5.19 petang, di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.
Menariknya, Fizo berkongsi bahawa jantina anak dirahsiakan oleh isterinya sepanjang kehamilan sebagai kejutan buat seisi keluarga.
“Setiap kali pemeriksaan saya tak tengok jantina, barang-barang bayi pun dia sorok. Tapi saya dah agak lelaki sebab dia beria sangat nak buat kejutan,” katanya.
Fizo turut menyifatkan kelahiran kali ini sebagai momen istimewa apabila dia diberi peluang untuk menyambut dan membersihkan sendiri bayinya sejurus dilahirkan.
“Saya rasa sendiri pengalaman menarik bayi keluar. Satu pengalaman cukup bermakna sebagai bapa,” ujarnya.
Fizo, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 40, berkahwin dengan Fazeera pada Oktober 2021. Mereka kini dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Wan Khaleeda, 3 tahun dan Wan Umaira, 2 tahun
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan, Wan Mariam, 8 tahun, daripada perkahwinan terdahulu.
Post a Comment