Menurut perkongsian seorang pelanggan lain, bunyi kuat yang disangka guruh rupa-rupanya berpunca daripada insiden itu, yang menyebabkan wanita terbabit terjatuh dan menjadi tumpuan seluruh kedai.
“Bunyi ‘gedebuk’ kuat sangat. Bila toleh, nampak akak tu jatuh. Semua orang pandang. Dia siap tengking suami dia yang nak bantu mungkin sebab terlalu malu,” ujar saksi.
Wanita berkenaan yang berbadan gempal dikatakan terus bangun dibantu suaminya, namun jelas terganggu emosi akibat diperhatikan ramai pelanggan dan pekerja restoran.
“Bukan nak body shaming, tapi kita faham perasaan dia. Bila semua orang tenung, lagilah dia rasa terhina. Kasihan sangat,” kata saksi lagi.
Insiden itu menyebabkan wanita terbabit dan keluarganya segera meninggalkan kedai makan tersebut.
Kisah itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, rata-ratanya meluahkan simpati dan menggesa masyarakat lebih peka dan beradab dalam situasi mengejut seperti itu.
“Pernah jatuh sebab kerusi patah juga. Bukan sebab berat, tapi sebab kerusi plastik tu memang dah rapuh. Malu sangat masa tu.”
“Orang ramai sepatutnya jangan renung lama-lama. Kita tak tahu rasa hati orang tu macam mana,” kata seorang lagi netizen.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak cepat menilai berdasarkan luaran dan lebih berhati-hati menggunakan perabot plastik, terutama di tempat awam.
Post a Comment